TMJ: Ada Sesiapa Nak Main Pasukan Wanita JDT?
Malaysia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Duli Yang Amat Mulia Mejar Jeneral Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim (TMJ) memaklumkan sedang merancang untuk menubuhkan skuad bola sepak wanita untuk Johor Darul Ta’zim (JDT).

Menerusi satu ciapan di akaun Twitter, Baginda menjelaskan ianya dalam perancangan dan menawarkan peluang buat mana-mana pemain bola sepak wanita yang berminat untuk bersama JDT.

“Dalam perancangan. Ada sesiapa nak main untuk pasukan wanita JDT?” Tulis TMJ di Twitter.

Advertisements

Dalam ciapan asal yang dikeluarkan oleh Flash Sukan menjelaskan pemain bola sepak wanita Kebangsaan, Steffi Sidhu berharap TMJ dapat tubuhkan pasukan wanita JDT.

Sebelum ini JDT melebarkan legasinya dengan penglibatan musim pertama untuk sukan futsal dan kini bakal menubuhkan skuad bola sepak wanita pula yang sudah pasti bakal memberi impak besar kepada bola sepak Malaysia.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram