TMJ Akui Selangor Dalam Kelas Tersendiri, DNA Jerman Bakal Teruji
Liga Super
Advertisements

Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) bakal berkunjung ke Stadium MBPJ pada Rabu ini untuk menentang pasukan gergasi Merah Kuning pada jam 9 malam. Ini merupakan perlawanan ke-15 buat kedua-dua pasukan ketika JDT berusaha untuk menjarakkan kedudukan mereka dengan pasukan di tangga kedua iaitu Terengganu FC.

Selangor pula tekad untuk memperbaiki kedudukan mereka dalam liga yang kini berada di tangga ke-5 di samping keciciran mata pada minggu lalu apabila hanya sekadar mengutip 1 mata ketika menentang pasukan Kuala Lumpur City FC.

Untuk rekod, JDT dan Selangor telah bertemu sesama mereka pada musim ini dengan berkesudahan seri 1-1. Gol pasukan Harimau Selatan dijaringkan oleh penyerang import berbisanya iaitu Bergson Da Silva manakala pendahulu carta penjaring terbanyak Liga Super musim ini, Ifedayo Olusogun menjadi penjaring buat pasukan Selangor.

Advertisements

Tunku Mahkota Johor dalam satu temubual bersama Astro Arena turut menjelaskan bahawa Selangor berada pada tahap yang berbeza dan lebih tinggi berbanding pasukannya di samping memberitahu bahawa cabaran terbesar yang perlu ditempuh oleh pasukan JDT ialah Kedah, Terengganu dan juga Sri Pahang.

Tambah beliau lagi, prestasi yang ditunjukkan oleh pasukan Kedah sentiasa konsisten setiap musim walaupun menghadapi pelbagai masalah dalaman sementara Terengganu pula mempunyai kualiti di samping jurulatihnya yang dianggap sebagai seorang yang berkarisma. JDT juga tidak mempunyai rekod yang baik ketika bertemu Sri Pahang dan menganggap bahawa lawannya itu sentiasa menjadi mimpi ngeri buat pasukannya.


Pasukan Johor Darul Ta’zim pula pastinya turun dengan penuh keyakinan setelah berjaya mencatatkan kemenangan selesa ke atas pasukan UITM FC tempoh hari. Selain itu, peningkatan prestasi yang ditampilkan oleh pemain sayapnya, Safawi Rasid mampu menjadi tonik terbaik buat pasukan kendalian Benjamin Mora ini meraih kemenangan di tempat lawan.

Advertisements

JDT sudah tentu ingin mengekalkan rekod cemerlang dalam liga musim ini apabila mereka hanya tewas sekali setelah mengharungi 14 perlawanan liga sambil pasukan Selangor menerima tamparan hebat setelah kehilangan khidmat perancang tengah merangkap ketua pasukan Selangor iaitu Brendan Gan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram