Advertising
TMJ Arahkan Semua Padang JDT Dinaik Taraf
MakanBola
Johor Southern Tigers

Tunku Mahkota Johor (TMJ), DYAM Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim sentiasa mengambil berat semua aspek pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) bagi membantu mereka cemerlang di atas padang. Dan atas sebab itu hari ini, baginda mengarahkan semua padang milik Harimau Selatan dinaik taraf.

Keputusan ini dibuat selepas meninjau keadaan padang JDT termasuk di pusat latihan dan Stadium Sultan Ibrahim (SSI). Baginda merasakan dengan kualiti padang ketika ini, ia boleh saja menjejaskan mutu permainan JDT terutama dalam perlawanan-perlawanan penting.

Malah, TMJ bimbang kualiti padang yang teruk boleh saja mengakibatkan kecederaan kepada pemain terutama bila beraksi di SSI.

Ad

Tindakan TMJ ini mengingatkan ramai penyokong JDT kepada tindakan Real Madrid yang terpaksa menukar padang Stadium Santiago Bernabeu sebanyak lima kali untuk musim 2022-2023. Difahamkan kos penukaran padang yang perlu ditanggung Real Madrid ialah €1.5 juta (RM7.4 juta) untuk musim ini.

Kualiti padang Bernabeu yang teruk turut diakui jurulatih Los Blancos, Carlo Ancelotti menjejaskan mutu permainan anak-anak buahnya musim ini. Selain pemain Real, pemain-pemain lawan yang pernah beraksi di situ musim ini juga tidak berpuas hati dengan kualiti padang.

Ad
Ad

Tidak mahu perkara sama berulang, proses penaik taraf dan penanaman semula rumput akan dibuat selepas tamat musim 2023. Proses ini akan dimulakan di pusat latihan dan SSI bagi memastikan persiapan untuk musim 2024 berjalan lancar.

Ad

Sebaik perkara ini diumumkan di laman media sosial rasmi Johor Southern Tigers, ramai penyokong menyambut baik langkah tersebut. Ini menunjukkan keprihatinan TMJ terhadap pasukan dengan memastikan anak-anak buah Esteban Solari mampu beraksi cemerlang di hadapan penyokong sendiri.