Advertisement

Follow us:

TMJ: FAM & MFL Akan Guna VAR Dalam Masa Terdekat

TMJ Kim Pan gon Hamidin TMJ: FAM & MFL Akan Guna VAR Dalam Masa Terdekat
Johor Southern Tigers
Azri Haziq
@azrihazq
12:29am 08/01/2023
Pivo

Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) Dulu Yang Amat Mulia Tunku Ismail Sultan Ibrahim menjelaskan bahawa Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Malaysia Football League (MFL) telah bersetuju untuk melaksanakan Video Assistant Referee (VAR) di Malaysia.

Perkara itu dikongsikan Tunku Mahkota Johor (TMJ) dalam satu ciapannya di Twitter hari ini. Perlaksanaan VAR itu sudah dipersetujui dan akan dilaksanakan dalam masa terdekat.

Baginda juga menzahirkan kegembiraan dan berkongsi keterujaan mengucapkan tahniah kepada semua pihak yang telah terlibat.

TMJ dalam pada itu juga berkongsi bahawa beberapa orang pengadil di Malaysia telahpun dihantar bagi menjalani siri latihan sebagai pengadil VAR. Ini bagi menambah ilmu pengadil-pengadil sebelum VAR ini digunakan sepenuhnya dalam perlawanan bola sepak di Malaysia.

Perlaksanaan VAR ini bakal beri kelebihan kepada ramai pihak sekaligus mampu meningkatkan mutu pengadilan di Malaysia.