Advertisements
TMJ: Kita Juga Boleh Bermain Bunga Api Dalam Perlawanan Ke-5 Liga
Liga Super
MakanBola
Hrhcrownprinceofjohor

Pemilik Kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Duli Yang Amat Mulia, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim (TMJ) terkejut dengan tindakan pasukan Selangor yang bermain bunga api pada perlawanan ke-5 Liga Super semalam.

Pertembungan antara dua jaguh bola sepak tanah air di Kelana Jaya itu diserikan dengan pelbagai promosi yang menghangatkan lagi aksi tersebut.

Mengulas lanjut, baginda ketika bersama dengan Ahli Lembaga Pengarah JDT dan penasihat belia Johor, Khairy Jamaludin menyatakan pendapat peribadinya tentang kemenangan besar ke atas The Red Giants di gelanggang lawan semalam.

“Keputusan yang bagus dan sangat positif. Jika kita lihat persiapan pihak pengurusan sebelah sana mempersiapkan dan menghangatkan perlawanan ini, saya ucapkan syabas kepada mereka.”

Baginda bagaimanapun sedikit hairan dengan tindakan Selangor yang bermain bunga api sebelum bermula aksi tersebut.

“11 tahun saya dalam arena bola sepak, saya tak pernah lihat ada orang bermain bunga api pada perlawanan ke-5. Selama ini orang main bunga api selepas ada pencapaian contohnya menjadi juara dalam sesuatu pertandingan ataupun hujung tahun.”

“Tetapi ini adalah benda yang unik, benda yang saya baru belajar bahawa kita boleh bermain bunga api pada perlawanan ke-5 liga,” jelasnya kepada Khairy.

TMJ bagaimanapun mengucapkan syabas kepada kedua-dua pasukan susulan aksi yang cukup baik sekaligus menyaksikan JDT kekal dominan selepas 5 aksi Liga Super.