TMJ Kongsi Punca Perpindahan Radamel Falcao Terbatal
Transfer
JST & Transfermarkt
Advertisements

Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Sultan Ibrahim tampil menjelaskan punca sebenar perpindahan bintang ternama dunia, Radamel Falcao ke JDT terbatal.

Tunku Mahkota Johor (TMJ) menyatakan bahawa JDT tidak mampu untuk menandatangani Falcao kerana nilai harganya yang terlalu tinggi.

“Masa beliau datang berjumpa dengan saya, memang betul kami ada perbincangan untuk membawa Falcao kesini, tetapi kelab tidak mampu.”

Advertisements

TMJ menyatakan bahawa bajet yang ada ketika ini akan JDT peruntukkan untuk pembelian dua atau tiga pemain lain bagi memperkuat posisi di JDT.

“Kami tidak mampu dengan harga yang beliau inginkan kerana harga itu terlampau mahal. Kami ingin menggunakan bajet yang ada untuk beli dua tiga pemain yang lain untuk pertingkat prestasi pasukan.”

Advertisements

“Jadi dalam strategy wise, untuk commercial wise adalah bagus, susah tentu beliau adalah pemain yang superstar, tapi kita juga perlu realistik.”

“Kerana itulah beliau sudah datang dan berjumpa tetapi kami tidak tandatanganinya,” ujar TMJ.

Advertisements

Sebelum ini hangat desas desus mengaitkan bekas pemain Manchester United ini menyarung jersi Harimau Selatan. Namun hasrat untuk melihat kelibat Falcao di kancah Liga Malaysia musim ini dilihat samar.

Perpindahan ini semakin sukar tercapai kerana pemain berusia 37 tahun itu difahamkan bakal menyambung kontraknya di kelabnya yang terkini iaitu Rayo Vallecano. Kontrak Falcao dikatakan akan dilanjutkan hingga 30 Jun 2024.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram