TMJ Kongsikan Sebab Penyerang Tempatan Tidak Mendapat Tempat Dalam Pasukan
Dunia
Instagram: @astroarena
Advertisements

Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Duli Yang Amat Mulia, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) baru-baru ini telah memberi penjelasan mengenai situasi yang melanda penyerang tempatan ketika ini apabila rata-rata daripada mereka tidak memperoleh tempat dalam pasukan masing-masing.

Menurut penjelasan baginda, kebanyakan daripada pasukan di Liga Super sememangnya mempertaruhkan pemain asing di bahagian serangan pasukan. Hal ini juga boleh dilihat menerusi kedudukan senarai penjaring yang dipelopori oleh penyerang import seperti Ifedayo, Bergson dan juga Kpah Sherman.

Baginda turut menambah, situasi tersebut bukan sahaja terjadi dalam liga di negara kita, bahkan kebanyakan liga di Asia sering mempertaruhkan pemain import untuk menggalas tugas sebagai peledak utama negara.

Advertisements

‘Jika kita lihat bukan kita sahaja, mana-mana negara Asia juga ambil pemain luar disebabkan faktor pengalaman yang telah diraih sebelum ini.’

‘Ini juga memberi mereka kebolehan untuk menjaringkan gol lebih banyak berbanding penyerang tempatan.’

Sugguhpun begitu, baginda masih menaruh harapan yang tinggi agar suatu hari nanti akan ada penyerang tempatan yang mampu untuk melihat lebih ramai penyerang tempatan yang betul-betul klinikal dilahirkan.

Advertisements

‘Kita boleh lihat sebagai contoh beberapa musim lepas, Safawi berupaya menjaringkan banyak gol.’

Ketika ditanya mengenai situasi Syafiq Ahmad, baginda percaya bahawa situasi telah pun selesai antara kedua-dua belah pihak namun berharap agar pemain perlu bertindak secara profesional jika terdapat perkara yang melibatkan kelab.

Selain itu, media sosial juga tidak boleh digunakan sesuka hati dan para pemain perlu lebih bertanggungjawab untuk mengeluarkan sebarang kenyataan kerana ia boleh menimbulkan persepsi dan syak wasangka orang ramai.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram