TMJ: Kos Padang RM7 Juta – RM10 Juta Adalah Penipu
Dunia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Idris mendedahkan sekali lagi anggaran kos pemasangan padang baru rumput jenis Zeon Zoysia dalam satu sesi sidang media pengumuman usahasama JDT bersama Universal Music di Johor Bahru.

TMJ turut menyelar nilai asal yang digembar-gemburkan bernilai RM10 juta dan menganggapnya sebagai penipu dan membelakangi rakyat.

“Awak bayangkan, sesiapa saja di sini memberitahu kos buat padang bola adalah RM7 juta – RM10 juta adalah penipu, cerita karut.

Advertisements

“Awak rasa berapa saya bagi dia? Tak sampai RM1 juta, RM900,000 lebih sahaja.

“Saya selamatkan duit rakyat dan duit kerajaan sekurang-kurangnya RM10 juta. Ini duit rakyat, bukan itu sahaja, penyelenggaraan hanya RM200,000 (lebih kurang) setahun.

TMJ turut memahami terdapat ‘individu’ yang sedih dengan pendedahannya itu namun mengutamakan rakyat adalah lebih penting.

Advertisements

“Saya tahu ramai orang agak sedih kerana dedahkan nilai ini.

“Ini duit rakyat, jangan main-main dengan duit rakyat.

Sebelum ini TMJ mengumumkan menaja kos penanaman rumput baru di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) untuk digunakan skuad Harimau Malaya yang kini di bawah kendalian Pengurus & Ketua Jurulatih baru, Kim Pan-gon.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram