Liga Super
Johor Southern Tigers
Advertisements

DYAM TMJ menzahirkan penghargaan terhadap tentangan sengit yang dipamerkan oleh Kedah Darul Aman ketika mengikat JDT 3-3.

Aksi rancak yang berlangsung di Stadium Darul Aman itu menyaksikan pasukan bimbingan Nafuzi Zain menjaringkan gol saat akhir untuk mencuri satu mata.

Sungguhpun mendahului dua gol, Harimau Selatan bangkit meledak 3 gol namun jaringan saat akhir Amirbek Juraboev memastikan tuan rumah tidak tewas.

Advertisements

TMJ bagaimanapun mengucapkan tahniah kepada Kedah atas kerja keras yang dipamerkan ketika berdepan JDT.

Baginda mengharapkan agar Sang Kenari dapat mara untuk beraksi di Asia.

Advertisements

“Mudah-Mudahan ke Asia. Moga menang beberapa baki perlawanan aksi liga,” ucap TMJ.

Kejayaan itu menyaksikan Kedah menjadi pasukan pertama untuk mencatakan keputusan seri berdepan JDT musim ini.

Advertisements
Untitled design 12 TMJ: Mudah-Mudahan Ke Asia

Selain itu, ini juga merupakan kali pertama JDT bolos lebih daripada 3 jaringan dalam satu perlawanan musim ini.

Keputusan itu bagaimanapun tidak mengubah kedudukan JDT yang masih menjadi pendahulu liga ketika ini.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram