Dunia
JST
Advertisements

Ketiadaan ramai tonggak utama pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam panggilan skuad kebangsaan bagi kejohanan Piala AFF Mitsubishi Electric 2022 ini menimbulkan tanda tanya di kalangan peminat bola sepak tanah air.

Namun sebagai pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim Ismail (TMJ) ada sebab untuk mempertahankan tindakan 11 pemainnya yang menolak panggilan skuad kebangsaan.

TMJ merasakan para pemainnya memerlukan cuti selepas beraksi banyak perlawanan pada tahun ini. Dengan Piala AFF yang berada di luar kalendar FIFA, kelab sememangnya berhak untuk tidak melepaskan pemain mereka ke kem skuad kebangsaan.

Advertisements

“Yang terkejar-kejar Piala AFF yang tiada dalam kalendar FIFA ini hanya semata-mata nak dapat simpati atau sokongan orang ramai kerana nak naikkan imej peribadi masih relevan dalam industri bola sepak tanah air.

“Apa punya pemimpin atau ketua tiada tiada simpati kepada pekerjanya? Tiada rasa segan. Yang bayar gaji dan invest adalah kelab, bukan awak. Apa punya sikap pakai barang orang tetapi tiada sikap bertimbang rasa.

“Bayangkan anda beli dan bayar kereta tapi orang lain pakai sesuka hati mereka. Apabila rosak, anda yang kena betulkan, sedangkan kereta itu anda punya,” luah TMJ dalam satu muatnaik di instagram story miliknya.

Advertisements
tmj story malaysia TMJ: Pakai Barang Orang Tapi Tidak Bertimbang Rasa
Luahan hati yang dimuatnaik di laman instagram TMJ.
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram