TMJ Setuju Tangguh Terima Hadiah Kemenangan Liga Super
Liga Super
HRH Crown Prince of Johor
Advertisements

Susulan pendedahan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin bahawa Malaysian Football League (MFL) berhutang wang kemenangan dengan Tunku Mahkota Johor (TMJ), DYAM Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim, ramai ingin tahu apa yang berlaku. Hari ini, MFL menerusi Presidennya, Datuk Ab Ghani Hassan menjawab persoalan berkenaan.

Menurut Ab Ghani, hutang yang dimaksudkan merujuk kepada wang kemenangan Liga Super musim 2020 untuk pasukan milik TMJ, Johor Darul Ta’zim (JDT). Bagaimanapun, MFL terpaksa memohon untuk menangguhkan pembayaran hadiah kemenangan kepada JDT ketika itu.

Permohonan tersebut dipersetujui oleh TMJ dengan baginda memahami kekangan kewangan yang dihadapi MFL ketika itu. Tahun 2020 menyaksikan MFL kehilangan tajaan berjumlah RM30 juta susulan pandemik Covid-19.

Advertisements

“MFL telah melakukan pembayaran secara berperingkat dan kini dalam proses akhir menyelesaikan baki pembayaran wang kemenangan itu tahun ini.

“Bagaimanapun penangguhan pembayaran bagi musim itu hanya melibatkan JDT sahaja di mana MFL tidak ada sebarang tunggakan dengan pasukan lain,” katanya.

MFL dilaporkan sudah membuat pembayaran secara berperingkat-berperingkat kepada Harimau Selatan. Dan entiti tersebut menjangkakan pembayaran hadiah kemenangan tersebut selesai sebelum akhir tahun ini.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram