TMJ: Tak Perlu Ada Pengurus Dari Exco FAM
Dunia
Astro Arena
Advertisements

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor berpendapat skuad kebangsaan tidak memerlukan pengurus yang berasingan dengan jawatan ketua jurulatih.

TMJ memberikan maklum balas kepada pihak CakapSukan dan Astro Arena di Emeriah Arab Bersatu (UAE) yang disiarkan secara langsung.

“Jurulatih skuad kebangsaan perlu ada kebebasan membuat pilihan, kita tak perlu ada pengurus dari ahli EXCO FAM.

Advertisements

“Kenapa perlu ada pengurus? Tak payah, sepatutnya jurulatih itulah pengurus dan dialah ketua jurulatih.

“Bagi dia kebebasan, dia punya program, apa yang dia nak, pemain yang dia nak, semuanya bergantung pada ketua jurulatih,” jelasnya semasa siaran langsung di UAE.

Dalam temuramah tersebut, TMJ menjawab persoalan berkenaan ‘tangan ghaib’ yang ditularkan sebelum ini oleh penyokong yang didakwa menjadi asbab kejatuhan skuad negara.

Advertisements

Menurutnya, permasalahan utama adalah kurangnya komunikasi antara FAM, jurulatih dan lain-lain pihak kepada pihak media dan penyokong sekaligus memberi ruang kepada penyokong mencipta spekulasi.

Foto AstroArena

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram