TMJ Pantau Padang Stadium Sultan Ibrahim SebelumBerdepan Sri Pahang
Liga Super
@HRHJohorII
Advertisements

Menjelang aksi Liga Super Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang Sri Pahang malam ini, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Duli Yang Amat Mulia (DYAM) Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim pasti mengharapkan rekod 100% JDT terus bertahan. Dan bagi meningkatkan peluang tersebut, baginda turun padang memantau kualiti padang di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) hari ini.

Perkara ini turut dikongsikan baginda dalam satu ciapan di akaun Twitter peribadinya hari ini. Dalam ciapan tersebut, kualiti padang SSI dilihat amat bagus dan bersesuaian untuk pertembungan dua pasukan Liga Super yang masih belum kalah musim ini.

Pitch maintenance done. All set for tonight’s match (Penyelenggaraan padang sudah siap. Sedia untuk perlawanan malam ini),” titahnya.

Advertisements

Langkah ini dibuat bagi memastikan padang SSI yang sedia ada dapat digunakan sehingga akhir musim 2023. Setelah itu, ia akan dinaiktaraf sebagai sebahagian daripada usaha penaiktarafan semua padang milik Harimau Selatan sebelum Liga Malaysia (Liga M) musim 2024 bermula.

Sebaik ciapan ini muncul di Twitter, ramai pengguna media sosial memuji keprihatinan baginda terhadap semua aspek milik JDT termasuk kualiti padang SSI. Justeru, ramai percaya pertembungan JDT-Sri Pahang malam ini dijangka menarik lebih-lebih lagi beraksi di atas padang yang berkualiti sebegini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram