Todd Boehly Rancang Cubaan Bawa Cristiano Ronaldo Ke Chelsea
Dunia
Reuters
Advertisements

Pemilik baharu Chelsea FC, Todd Boehly merancang untuk melakukan percubaan membawa masuk bintang terkemuka Manchester United, Cristiano Ronaldo ke Stamford Bridge musim panas ini.

Penyerang berusia 37 tahun itu dilaporkan berang dengan situasi yang melanda kem United selepas kurang aktif dalam jendela perpindahan kali ini.

Kemasukan jurulatih baharu, Erik Tan Hag seakan tidak mendapat kerjasama yang diharapkan selepas The Red Devils masih tidak menandatangani mana-mana pemain setakat ini.

Advertisements

Menurut satu laporan oleh The Athletic, agen kepada Ronaldo iaitu Jorge Mendes telah bertemu dengan Boehly minggu lalu dan salah satu perbicangan mereka adalah berkenaan usaha membawa lagenda United itu ke Chelsea.

Sebelum ini, Mendes dilaporkan telah pun menawarkan kapten kebangsaan Portugal itu kepada Bayern Munich namun ditolak kerana mereka sudah pun menandatangani Sadio Mane.

Sungguhpun masih tiada pengumuman rasmi mengenai perpindahan Ronaldo ke Chelsea, namun ia sudah pasti menjadi subjek perbualan kelab memandangkan mereka sudah pun meminjamkan Romelu Lukaku kembali ke Inter Milan.

Advertisements

Dengan adanya dana sebanyak € 200 Juta termasuk hasil penjualan pemain menjadi suntikan tambahan buat Thomas Tuchel untuk membentuk skuad yang cukup ampuh menjelang musim baharu.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram