Advertisement
Tomislav Steinbrucker Angkat Engku Shakir Selaku Permata Baharu Terengganu
Liga Super
MakanBola

Ketua jurulatih Terengganu FC, Tomislav Steinbrucker mengangkat pemain sayap lincah, Engku Nur Shakir selaku permata baharu skuad Penyu musim ini. 

Baru-baru ini, pemain muda berusia 24 tahun itu dinobatkan sebagai pemain terbaik bulanan Liga Super PFA Malaysia bagi edisi bulan Ogos 2023.

Jurulatih kelahiran Croatia itu mengakui prestasi yang ditampilkan oleh Engku Shakir musim ini sangat memberi impak positif kepada pasukan. Beliau memuji sikap yang ditonjolkan pemain muda ini di dalam dan diluar padang.

“Saya sememangnya suka melihatkan pemain yang berusaha keras untuk meningkatkan diri dan kualiti mereka. 

“Anda boleh lihat peningkatan Shakir yang baru sahaja memenangi anugerah pemain terbaik bulanan. Beliau seorang pemain yang sentiasa cuba memberikan terbaik apabila diberi peluang.

Meskipun beliau diberi peranan baharu di atas padang, Engku Shakir berjaya menjaringkan 4 gol serta 5 bantuan jaringan dalam 15 perlawanan bagi semua saingan musim ini.

Jurulatih Croatia itu percaya Engku Shakir mempunyai masa depan yang cerah sebagai bintang baharu dalam arena bola sepak Malaysia. 

“Peningkatan positif ini adalah atas usaha beliau disamping pemain ini faham peranan baru yang diberikan kepadanya bersama pasukan pada musim ini,” kata Tomislav Steibrucker dalam hantaran Terengganu FC di Facebook

Skuad Penyu akan berdepan Selangor FC bagi aksi perlawanan suku akhir pertama Piala Malaysia pada sabtu ini.