Tomislav Steinbruckner Anggap Hujan Ganggu Persiapan Terengganu
Liga Super
Azri Haziq / MakanBola
Advertisements

Ketua jurulatih Terengganu FC, Tomislav Steinbruckner memberitahu bahawa beliau sudah meramalkan pasukannya akan berdepan Sabah sungguhpun beraksi di laman sendiri.

Pertembungan dua Malaysia di Asia itu dikejutkan dengan aksi yang cukup mencabar buat tuan rumah apabila The Rhinos tampil garang untuk meledak tiga gol pada babak pertama.

Pasukan pelawat kelihatan cukup bersedia untuk memafaatkan keadaan Terengganu yang kelihatan kurang bermaya untuk memberikan yang terbaik.

Advertisements

Menurut kenyataan jurulatih Croatia itu, skuad Peteh menghadapi masalah untuk beraksi baik kerana hujan. yang tidak berhenti semasa sesi latihan.

“Kami menghadapi masalah sama juga seperti pasukan lain kerana di sini hujan lebat setiap hari dan padang tidak berada dalam keadaan baik untuk latihan.”

“Terengganu cuba untuk mencari padang sintetik dan juga gimnasium namun sukar di sini jadi kami perlu bersaing seperti biasa namun inilah masalah yang kami hadapi.”

Advertisements

Beliau bagaimanapun menyedari bahawa ini bukanlah satu alasan untuk pasukannya tidak beraksi baik terutamanya di laman sendiri.

“Setiap pasukan ada masalah sendiri dan kami mempunyai beberapa kecederaan jadi kami perlu teruskan juga beraksi,” jelasnya kepada Astro Arena.

Terengganu menghadapi tamparan hebat selepas tewas 0-5 kepada Sabah di laman sendiri sebelum bertemu Central Coast Mariners pada 29 November 2023 di tempat lawan.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram