Tomislav Tidak Berminat Dapatkan Khidmat Sanjar Shaakhmedov
Dunia
Terengganu Football Club
Advertisements

Terengganu FC akan membawa masuk beberapa lagi pemain baru bagi mengisi kuota sembilan import yang dibenarkan Malaysian Football League (MFL), tetapi penyokong pasukan itu boleh melupakan hasrat melihat semula kelibat bekas arkitek mereka, Sanjar Shaakhmedov.

Ini kerana pengendalinya, Tomislav Steinbruckner mengesahkan tidak berminat mendapatkan pemain tengah dari Uzbekistan itu berikutan telah mempunyai calon-calon lain untuk dibawa masuk.

“Kehadiran semula Shaakhmedov seperti diperkatakan penyokong adalah tidak benar, ia hanyalah spekulasi. Sama juga dengan Igor Zonjic dan Luka Milunovic, ini kerana saya sudah ada calon import pilihan sendiri untuk perkuatkan pasukan musim depan.

Advertisements

“Saya sudahpun memilih dua pemain dari Croatia, seorang pemain serangan dan seorang defensive midfield untuk mengisi kekosongan dan akan memburu lagi beberapa pemain,” ujar Tomislav.

Shaakhmedov sebelum ini pernah mewakili Terengganu pada musim 2019 dan kualiti ditunjukkannya berjaya menambat hati penyokong yang sekian lama berharap dia akan kembali menyarung jersi pasukan itu.

Zonjic yang berasal dari Serbia pula mewakili Terengganu pada musim 2018 dan merupakan salah seorang tonggak yang membawa mereka layak ke final Piala Malaysia musim tersebut, manakala rakan senegaranya Milunovic pernah menyarung jersi Sabah.

Advertisements

Sebagai rekod, Terengganu hanya mengekalkan Habib Haroon daripada barisan import pasukan itu musim 2022, tatkala Kpah Sherman, Kipre Tchetche, Pape Diakite dan Manuel Ott telahpun dilepaskan.

Setakat ini, hanya seorang import iaitu Sony Norde (bekas import Melaka United) telah sah ditandatangani skuad naib juara Liga Super itu yang akan bermain di Piala AFC musim depan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram