Tonggak AFF Harimau Malaya Tamatkan Kontrak Lebih Awal Bersama Sri Pahang
Transfer
Sri Pahang FC
Advertisements

Pemain sayap Harimau Malaya, Nur Shamie Iszuan Amin sah tidak lagi bersama Sri Pahang FC musim ini.

Ini selepas pasukan yang berpangkalan di Pantai Timur itu mengumumkan pemain sayap berusia 28 tahun itu telah meninggalkan kelab.

Meskipun Shamie Iszuan masih memiliki baki kontrak setahun bersama skuad Tok Gajah, kedua-dua pihak bersetuju untuk menamatkan kontrak secara persetujuan bersama.

Advertisements

“Terima kasih Shamie Iszuan sepanjang semusim bersama Sri Pahang FC. Di atas persetujuan bersama, beliau memohon untuk menamatkan kontrak yang berbaki semusim lagi bersama SPFC. Selamat maju jaya,” kata pengurusan Sri Pahang dalam satu kenyataan.

Sepanjang bersama skuad Tok Gajah, Shamie Iszuan merekodkan 13 penampilan dalam semua kejohanan Liga Malaysia (Liga M).

Advertisements

Beliau turut merekodkan empat penampilan antarabangsa bersama Malaysia selepas membuat penampilan pertama menentang Kemboja pada September 2022.

Selain Sri Pahang, beliau juga pernah beraksi untuk Sarawak United FC, Negeri Sembilan FC, Sarawak FA dan PJ Rangers.

Advertisements

Dengan Shamie Iszuan kini bergelar ejen bebas, beliau dicanang bakal kembali ke negeri kelahirannya, Sarawak.

Ini selepas wartawan sukan The Star, T. Avineshwaran mendedahkan khidmat beliau sedang diintai Kuching City FC.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram