Liga Super
PJ City FC
Advertisements

Perkhabaran duka menyelubungi arena bolasepak tanah air apabila tonggak veteran PJ City, P.Rajesh maut dalam kemalangan jalan raya di Batu Caves, lewat malam semalam.

Kemalangan berlaku semasa mangsa menaiki motosikal dari arah Jalan Sri Batu Caves menghala Batu Muda pada 10.30 malam dan dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke bahu kiri jalan dan melanggar pokok di bahu jalan berkenaan.

Rajesh, 37 tahun, baru sahaja membantu PJ City mengakhiri kempen Liga Super 2022 di tangga kesembilan di mana dia turut membuat penampilan sebagai pemain gantian dalam perlawanan terakhir menentang KL City pada Sabtu lalu.

Advertisements
P.Rajesh Tonggak PJ City Maut Kemalangan

Sebagai rekod, Rajesh bukanlah nama asing bagi peminat tegar bolasepak tanah air.

Beliau memulakan karier seniornya agak lewat, pada usia 26 tahun bersama PKNS FC (kini Selangor II) pada 2011 dan membantu kelab itu menjuarai Liga Premier tahun tersebut.

Bagi mencari minit permainan, Rajesh berhijrah ke Selangor FC pada 2014 dan kemudiannya menyarung jersi Kedah Darul Aman FC pada 2015. Mendiang menyertai PJ City pada 2018 dan ini adalah musim kelimanya bersama kelab itu.

Advertisements

Untuk musim ini, Rajesh membuat 12 penampilan secara keseluruhan, 6 kali muncul di dalam kesebelasan utama dan 6 kali sebagai pemain gantian.

Momen paling diingati penyokong pastinya ketika dia menjadi ‘viral’ setelah menjaringkan gol kemenangan buat PJ City dalam aksi pusingan kedua Piala FA menentang Kelantan, menerusi tandukan terbang setelah menerima hantaran S.Kumaahran.

Pengendali PJ City, P.Maniam ketika itu mengakui terkejut dan menyifatkan jaringan itu sebagai luar biasa sambil menyatakan rasa tidak percaya Rajesh mampu untuk melakukan tandukan terbang pada usia 37 tahun.

Advertisements

Berita Berkaitan : Tandukan Terbang Rajesh Mengejutkan P.Maniam

Kepada Rajesh, segala sumbangan anda kepada arena bolasepak tanah air akan selamanya dikenang.

Kami di MakanBola turut bersimpati dan mengambil kesempatan untuk menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga dan kenalan mendiang.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram