P. Maniam Rasa Pelik, P. Rajesh Berusia 37 Tahun Mampu ‘Tanduk Terbang’ Jaringkan Gol
Dunia
PJ City FC
Advertisements

Kemenangan yang dicatat oleh pasukan Petaling Jaya City FC (PJ City) ke atas Kelantan FC dalam pusingan kedua Piala FA semalam ternyata membuka mata ramai pihak bahawa pemain lokal juga mampu pamer aksi terbaik.

Walaupun Kelantan FC mengasak ke kubu PJ City dengan variasi percubaan, namun kemenangan berpihak kepada PJ City dengan keputusan 2-1 di mana Darren Lok dan P. Rajesh berjaya mencipta nama sebagai penjaring.

Pengendali Petaling Jaya City FC (PJ City), P Maniam mengakui kagum dengan aksi anak buahnya dan nyata terkejut dengan gol yang dijaringkan oleh P. Rajesh yang sudah berusia 37 tahun.

Advertisements

“Secara keseluruhan kita menang dengan 2-1, separuh masa kedua kita ubah Rajesh (ubah posisi ke bahagian serangan) yang dia boleh jaringkan gol dengan tandukan terbang yang saya sendiri pun tak sangka.

“Dia berada dalam kedudukan yang betul dan hantaran S Kumaahran tepat dan sudah tentu saya gembira (gol kemenangan itu),” katanya selepas aksi di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya itu.

Advertisements

Selain itu, Maniam juga menjangkakan Kelantan FC mampu menyerlah musim ini selepas memberi saingan sengit kepada anak buahnya semalam.

“Tapi Kelantan bukan pasukan yang mudah, mereka cukup kuat dengan ada kualiti pemain dan saya juga boleh lihat pemain tempatan juga bagus.

Advertisements

“Saya rasa mereka boleh pergi jauh untuk memenangi liga (Liga Perdana), dan apapun saya gembira dengan pemain saya dan, saya boleh lihat pemain bekerja keras walaupun kita tewas kepada Sabah (dalam aksi Liga Super) dan objektif kita memenangi perlawanan ini,” katanya kepada Arena Metro.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram