Tonton Aksi Vietnam vs Malaysia Di 3 Saluran Ini
MakanBola
Malaysia NT

Penyokong Malaysia yang ingin menonton perlawanan pasukan itu dan Vietnam pada Selasa boleh berbuat demikian menerusi tiga saluran berikut.

Tiga saluran yang menyiarkan perlawanan Vietnam menentang Malaysia ialah Astro Arena Bola, TV Okey dan Sukan RTM.

Bagi penyokong yang ingin menonton perlawanan itu secara percuma, mereka boleh menonton perlawanan Vietnam lawan Malaysia di platform TV Okey dan Sukan RTM.

Jika mereka berada di luar, penyokong boleh mengakses siaran perlawanan di dua saluran itu menerusi aplikasi RTMKLIK.

Ini memberi kelegaan kepada ramai penyokong terutama bagi yang tidak memiliki akses kepada peranti Astro.

Secara teorinya, aksi di Nam Dinh dilihat tidak memberikan apa-apa makna kepada skuad kebangsaan.

Ini selepas Vietnam disahkan mara ke Piala Asia 2027 selaku juara Kumpulan F susulan pemotongan enam mata yang dikenakan ke atas Malaysia.

Namun begitu, itu tidak bermaksud pemain-pemain Harimau Malaya perlu mengangkat bendera putih lebih awal tanpa perlu turun ke padang.

Ini kerana perlawanan ini dilihat peluang anak buah Peter Cklamovski menjadikan misi mengutip mata ranking FIFA sebagai keutamaan.