Perlawanan Maybank Challenge Cup 2025 menyaksikan pertembungan antara ASEAN All-Stars menentang Manchester United.
Skuad kendalian Kim Sang-sik membariskan skuad terbaik dengan gabungan pemain handalan di Asia Tenggara dalam pasukan kali ini.
The Red Devils pula membawa 32 orang pemain bintang ternama dunia seperti De Ligt, Harry Maguire, Mason Mount, Kobbie Mainoo, Andre Onana, Casemiro dan Bruno Fernandes.
Perlawanan yang dijadualkan berlangsung di Bukit Jalil ini menjadi tumpuan peminat sambil ketua jurulatih ASEAN All-Stars, Kim Sang-sik mahu memastikan persembahan terbaik anak buahnya.
“Kita datang dari pelbagai bahagian negara ASEAN. Semua pemain dalam keadaan baik, kita bekerja keras,” katanya.
“Kita hanya ada satu sesi latihan setakat ini. Tapi mereka cukup serius (dan) mereka mahu memenangi perlawanan ini.
Kesebelasan Utama ASEAN All-Stars vs Manchester United
Akan dikemas kini sejam sebelum aksi bermula.
Info Siaran Langsung ASEAN All-Stars vs Manchester United
Tarikh: 28 Mei 2025 (Rabu)
Masa: 9.00 Malam
Venue: Stadium Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
Siaran Langsung: Astro Grandstand & MUTV
Keputusan perlawanan akan dikemas kini di MakanBola.com.