Perlawanan keempat Kumpulan A Piala Hyundai ASEAN 2026 bakal menemukan aksi antara Malaysia Vs Filipina.
Skuad kendalian Tan Cheng Hoe kini menduduki tangga kedua kumpulan dengan enam mata dan dalam misi untuk melangkah ke pentas separuh akhir.
Malaysia kini dalam misi untuk bangkit daripada kekecewaan setelah tunduk menentang jaguh Asia Tenggara, Thailand di Stadium Rajamangala, Bangkok dengan keputusan 4-0.
Rekod pertemuan terakhir menyaksikan Malaysia mencatatkan kemenangan 2-1 ke atas Filipina pada aksi separuh akhir Pestabola Merdeka 2024 di Stadium Nasional, Bukit Jalil.
Malaysia dan Filipina kini hanya dipisahkan dengan satu anak tangga pada kedudukan ranking FIFA dengan Harimau Malaya pada kedudukan ke-136 dunia manakala Filipina pada tangga ke-135 dunia.
Siaran langsung bagi perlawanan Malaysia menentang Filipina boleh ditonton di laman Youtube ASEAN United FC dan juga Facebook ASEAN United FC.
Aksi antara Malaysia menentang Filipina dijadual berlangsung pada Sabtu, 8 Ogos 2026 jam 9.00 malam waktu Malaysia di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras.