Tottenham Secara Tiba-Tiba Ingin Skuad PDRM ‘Bangkit’
Hiburan
Advertisements

Tiada angin dan ribut dan secara tiba-tiba:

“Masa untuk bangkit menebus maruah”, jelas laman Facebook rasmi kelab bola sepak dari London tersebut kepada pasukan PDRM yang bakal berhadapan Skuad Projek FAM-MSN pada 16 Mac ini.

Agak pelik dan menghairankan untuk ucapan yang secara tiba-tiba tersebut dari sebuah laman Facebook dengan 21 juta pengikut seluruh dunia.

Advertisements

Walaubagaimanapun hanya selepas beberapa minit, hantaran Facebook berkenaan dinyah padam admin Tottenham yang jelas tersilap membuat hantaran.

Hantaran yang ditulis dalam Bahasa Malaysia berkenaan barang kali adalah satu kesilapan dari syarikat media yang dipertanggungjawabkan untuk menguruskan akaun facebook skuad PDRM dan Tottenham untuk isi kandungan Bahasa Malaysia.

Penyokong Tottenham jelas marah dan keliru dengan hantaran terbaru kelab terbabit yang secara tiba-tiba melakukan perkara pelik ditambah dengan kekalahan memilukan ke atas pasukan Arsenal.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram