Kelab ‘3 Hari’ Treaty United Ambil Alih Kedudukan Kelab Berumur 83 Tahun
Eropah
Treaty United/RTE
Advertisements

Satu persoalan kepada para pembaca. Bolehkah anda membina pasukan bola sepak dalam tempoh tiga hari tanpa duit, sokongan peminat dan berupaya mengejar kedudukan play-off? Melainkan ini senario dalam permainan Football Manager, pasti ramai mengatakan ini sebagai mustahil. Hakikatnya, ia boleh dilakukan seperti yang dialami pengurus Treaty United, Tommy Barrett.

Treaty United sudah tentu tidak dikenali seperti kelab-kelab besar lain; Liverpool, Manchester United, Barcelona atau Real Madrid namun kelab ini merupakan kelab Divisyen Satu Liga Ireland. Tetapi kisah kewujudan mereka sememangnya sesuatu yang dramatik.

Pada akhir tahun 2019, juara liga dua kali Limerick FC tidak dibenarkan mengambil lesen bola sepak atas alasan isu hutang yang membelenggu kelab. Akibatnya, kedudukan kelab selama 83 tahun dalam kelab hilang dan Limerick dianggap pupus.

Advertisements

Enggan berputus asa, sebuah kelab baru ditubuhkan di bawah nama sama oleh Conn Murray. Tetapi langkah tersebut tidak dipersetujui pemilik Limerick sebelumnya, Pat O’Sullivan dan membawa kepada tindakan mahkamah. Bagi mengelak isu ini berlarutan, nama Treaty United dipilih. Nama ini merupakan gelaran kepada bandar dan daerah Limerick sejak tahun 1691.

Treaty United juga turut mencipta sejarah sebagai kelab bola sepak pertama mempunyai pasukan wanita sebelum disusuli oleh pasukan lelaki. Ini selepas pasukan wanita Treaty berjaya masuk ke Liga Wanita Kebangsaan Ireland pada 2020. Pasukan lelaki pula hanya berjaya memasuki Liga Ireland pada 20 Februari 2021, tiga hari sebelum perlawanan pertama liga bermula.

Jadi, sebelum tarikh tersebut, Barrett tidak boleh menandatangani sesiapa sebagai pemain Treaty. Sebelum ini, untuk slot 2020, ia diisi oleh pasukan simpanan Shamrock Rovers. Justeru, bila Treaty dipilih, ramai tertanya-tanya sama ada pasukan itu dapat membuat kemunculan pada 23 Februari. Dalam kalangan pasukan liga terdiri daripada kelab profesional dan semi-profesional, Treaty merupakan satu-satunya kelab amatur dalam Liga Ireland.

Advertisements

Bagi mendapatkan pemain, Barrett menghubungi beberapa orang rakan bagi mendapatkan pemain. Tetapi beliau bernasib baik ada ramai pemain yang mencuba nasib semasa mereka mengadakan sesi latihan pada Januari 2021. Antara yang mencuba nasib ialah Marc Ludden yang kemudiannya menjadi tonggak bek kiri Treaty. Sementara Jack Lynch yang kini bergelar kapten pasukan membantu Barrett mendapatkan beberapa rakan lamanya di Galway United termasuk Ludden.

Dalam kesibukan mereka menambah pemain, Treaty menyangka mereka hanya boleh mendaftarkan 25 orang pemain. Tetapi semakan yang dibuat setiausaha kelab mendapati itu terpakai kepada pasukan wanita sahaja. Ini membolehkan Treaty membawa masuk pemain muda Callum McNamara, 20. McNamara kemudiannya menjadi tonggak utama pasukan dan bermain sebanyak 22 kali.

Untuk perlawanan pertama dengan Gray Wanderers, mereka berjaya mengikat lawan seri tanpa jaringan. Dari situ, mereka melangkaui semua jangkaan dan hampir layak ke divisyen utama. Tetapi di peringkat play-off, Treaty tidak bernasib baik apabila tewas di tangan UCD. Bagi Barrett, ini merupakan satu pencapaian yang baik bagi pasukan amatur yang mempunyai pra-musim singkat tetapi berjaya mengharungi 27 perlawanan liga.

Advertisements

Mungkin ada menyangka Treaty sebagai pewaris Limerick. Hakikatnya, kelab tersebut masih aktif di peringkat liga remaja dengan bekas pemain pertahanan Birmingham City, Michael Johnson merupakan pengarah sukan kelab. Ini turut menjelaskan mengapa peminat pada peringkat awal merasa ragu-ragu untuk menyokong mereka atau tidak.

Ini kerana Limerick dianggap wakil kepada seluruh daerah berkenaan. Jadi, apabila Treaty ditubuhkan, ada menyangka ia diwujudkan sebagai pengganti. Tetapi menurut Barrett, mereka melihat kelab sebagai kelab barat-tengah Ireland dan tiada kena-mengena dengan Limerick. Lama-kelamaan, ramai peminat mula menyokong Treaty dengan 3,000 penyokong hadir semasa perlawanan menentang UCD.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram