Thomas Tuchel Mahu Chelsea Segera Dapatkan Cristiano Ronaldo & Neymar
Dunia
Goal.com
Advertisements

Ketua jurulatih Chelsea FC, Thomas Tuchel mahu membina semula skuadnya menjelang musim baharu apabila beliau meminta pasukan untuk mendapatkan khidmat duo sensasi dunia, Cristiano Ronaldo dan Neymar Jr.

Pengendali kelahiran Jerman itu meminta Chelsea untuk meninjau keadaan kem United dan bintang Portugal itu selepas beliau dilaporkan mahu meninggalkan pasukan dengan segera.

Hal ini disebabkan Ronaldo tidak berpuas hati dengan aktiviti perpindahan pada jendela kali ini sungguhpun United tidak mahu melepaskannya.

Advertisements

Sebelum ini, pemilik baharu Chelsea, Todd Boehly dilaporkan telah bertemu dengan ejen bekas pemain Real Madrid ini dan perpindahan Ronaldo menjadi salah sebuah perkara yang diperkatakan.

Malah, menurut satu laporan , Chelsea sebenarnya ditawarkan peluang untuk menandatangani beberapa pemain bintang termasuklah Ronaldo sendiri.

Selain itu, Tuchel dilaporkan berbesar hati sekiranya dapat bekerjasama dengan bekas anak didiknya di PSG, Neymar.

Advertisements

Pemain berusia 30 tahun itu dilaporkan bakal dilepaskan oleh pasukan yang mahu membina semula skuad mereka menjelang musim hadapan.

Bukan itu sahaja, beliau juga telah memaklumkan keterbukaannya untuk menyertai pasukan yang berpangkalan di London ini.

Neymar juga pernah diyakinkan oleh bekas rakan sepasukannya iaitu Thiago Silva untuk mempertimbangkan Chelsea sebagai destinasi seterusnya jika beliau memilih untuk meninggalkan kota Paris.

Advertisements

Chelsea juga berharap agar proses perpindahan Raheem Sterling dapat diselesaikan sebelum bermulanya pra musim di Amerika Syarikat, Sabtu ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram