Harimau Malaya bakal berdepan satu lagi ujian besar seawal Julai ini.
Pasukan kendalian Peter Cklamovski telah pun menamatkan kempen Pusingan Kelayakan Akhir Piala Asia 2027 di tangga kedua Kumpulan F dengan 9 mata.
Pungutan mata itu menyaksikan Malaysia terlepas peluang untuk layak ke pentas Piala Asia secara merit buat kali kedua berturut-turut.
Walau bagaimanapun, Harimau Malaya masih memiliki jadual tugasan padat menjelang pertengahan tahun 2026 apabila bakal beraksi pada ASEAN Hyundai Cup 2026.
Undian terdahulu menyaksikan Malaysia berada dalam satu kumpulan bersama Myanmar, Laos, Thailand dan Filipina.
Cabaran terbesar pasukan kebangsaan adalah menentang jaguh Asia Tenggara, Thailand kendalian Anthony Hudson pada perlawanan ketiga kumpulan, 1 Ogos 2026.
Rekod terdahulu menyaksikan Malaysia tunduk 1-0 pada aksi AFF Championship 2024 manakala kali terakhir menang 1-0 pada 7 Januari 2023, juga pada kejohanan yang sama.
Malaysia kini menduduki tangga ke-138 ranking FIFA manakala Thailand cemerlang kekal dalam kelompok 90 terbaik dunia pada tangga ke-93 dengan 1252.14 mata.