Tular Aksi Ala ‘Gusti’ Pada Aksi Sabah & Pahang Rangers
UltraSukan
FA Malaysia
Advertisements

Aksi Sabah menentang Pahang Rangers pada Ahad dicemari insiden panas melibatkan para pemain.

Perlawanan yang berlangsung di Kompleks Sukan Negara Panasonic, Shah Alam menyaksikan Pahang Rangers berjaya mencuri tiga mata berharga meskipun ketinggalan 2-0 di awal permainan.

Di dalam perlawanan, satu kejadian tak diingini berlaku apabila pemain Sabah, Syah Azman dilayangkan kad merah oleh pengadil kerana menyiku pemain Pahang Rangers.

Advertisements

Insiden yang berlaku di minit ke-37 itu jelas memperlihatkan Syah Azman yang memakai jersi bernombor 10 menyiku muka pemain Pahang Rangers, Amirul Khairuddin ketika berlari mengejar hantaran rakan sepasukan.

Pengadil yang melihat insiden tersebut terus memberhentikan permainan apabila bola keluar dan tanpa ragu-ragu melayangkan kad merah kepada Syah Azman.

Permainan terhenti seketika selepas itu apabila kedua-dua pasukan mula ‘bertikam lidah’ dan menyebabkan seorang lagi pemain Sabah, Akmal Hakimi turut dilayangkan kad merah.

Advertisements

Sebelum itu, seorang lagi pemain Sabah, Wan Raziq turut dilayangkan kad merah apabila bola terkena tangannya ketika bola tersebut menuju ke gawang Sabah yang kosong.

Aksi panas itu berkesudahan dengan keputusan 7-5 memihak Pahang Rangers dengan hatrick daripada Felipe De Souza dan satu gol masing-masing daripada Murilo Saad, Hamdin Zarif, Amirul Khairuddin dan Sirhan Aiman.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram