Advertising
Tular Aksi Lincah Saddil Ramdani Atasi 5 Pemain Selangor Di Indonesia
MakanBola
Sabah FC

Tular aksi lincah pemain sayap Sabah FC, Saddil Ramdani yang berjaya mengucar-kacirkan 5 pemain Selangor di Indonesia.

Pemain berusia 25 tahun itu diturunkan pada babak kedua permainan selepas The Rhinos ketinggalan dua gol pada babak pertama.

Ad

Kemasukannya jelas memberi masalah kepada anak didik Nidzam Jamil apabila berdepan kekangan untuk mengawal kelincahannya.

Ad

Gerakan lincah Saddil pada minit ke-61 membuahkan hasil apabila satu hantaran bijaknya mencari Kwang Kin-ko sebelum Jaffri Firdaus berjaya membuka akaun jaringan Sabah.

Beliau terus menbuktikan impaknya apabila tenang dalam kotak penalti Selangor sebelum memerangkap 5 pertahanan lawan.

Ad

Bekas pemain Sri Pahang ini melepaskan satu rembatan kencang untuk menewaskan Khairul Azhan.

Ad

Gol beliau bagaimanapun tidak dapat memastikan kemenangan buat anak didik Datuk Ong Kim Swee apabila tunduk dengan keputusan 3-2.

Ad

Sabah akan beraksi dalam penentuan tempat ke-3 menentang PSIS Semarang di Jakarta International Stadium (JIS) pada 2 Jun 2024 manakala Selangor bagi aksi final menentang Persija Jakarta.

Video: Aksi Lincah Saddil Ramdani