Tular Aksi Penyokong Selangor & KL City Bergaduh
Dunia
Zulhelmi Zainal
Advertisements

Pertembungan ‘derby’ Lembah Klang di antara Selangor FC dan KL City FC pada semalam telah dijadualkan berlangsung di Stadium Cheras Kuala Lumpur. Perlawanan pembukaan saingan Liga Super 2022 itu berkesudahan dengan keputusan seri, 3-3.

KL City selaku tuan rumah gagal mengutip tiga mata penuh setelah pasukan Selangor dihadiahkan dua sepakan penalti yang menatijahkan kepada jaringan. Tiga gol daripada pemain KL City tidak cukup untuk meranapkan hasrat dan impian KL City melihat Selangor FC pulang tanpa mata.

Bagaimanapun setelah perlawanan tamat, penyokong kedua-dua pasukan dilihat bergaduh antara satu sama lain. Terdapat sumber yang menyatakan bahawa pergaduhan kecil antara penyokong telah pun bermula ketika di dalam stadium lagi.

Advertisements

Turut tular satu video yang menunjukkan insiden pergaduhan yang berlaku diluar stadium. Dalam rakaman tersebut terdapat aksi tumbuk-menumbuk dan sepak terajang. Ada juga letupan mercun yang telah dibaling kearah penyokong Selangor FC.

Bagaimananpun kehadiran pihak polis telah berjaya meleraikan insiden pergaduhan tersebut. Untuk rekod, jumlah penonton yang hadir ke Stadium Cheras pada semalam telah mencecah seramai 2 ribu orang.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram