Tular Jersi Baru Harimau Malaya Di Footy Headlines
MakanBola
Malaysia NT

Jersi baharu Harimau Malaya dilaporkan tular di media sosial selepas imej yang didakwa jersi berkenaan dikongsikan Footy Headlines.

Selepas memilih warna kuning terang dan corak grafik halus untuk rekaan jersi edisi 2025, Puma dilaporkan memilih reka bentuk berbeza untuk jersi edisi 2026.

Selain memilih tona warna kuning yang berbeza, Puma turut memilih menggunakan corak garisan halus melintang pada jersi berkenaan.

malysia 2026 kit 4 Tular Jersi Baru Harimau Malaya Di Footy Headlines
Jersi yang didakwa jersi baharu Harimau Malaya untuk tahun 2026. Sumber: Footy Headlines.

Corak tersebut dilihat diinspirasikan daripada corak garisan halus jersi Harimau Malaya yang dihasilkan Adidas untuk edisi 1995-1997, 2001 dan 2002. Logo Puma turut dilihat ada pada bahagian bahu jersi tersebut.

Sehingga artikel ini ditulis, belum ada sebarang pengumuman rasmi daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berhubung jersi baharu Harimau Malaya.

Sekiranya ini benar-benar jersi terbaru skuad senior Malaysia, jersi ini dijangka digunakan buat kali pertama untuk kempen ASEAN Championship 2026.

Kejohanan itu menyaksikan anak buah Peter Cklamovski berada dalam Kumpulan B bersama Thailand, Filipina, Myanmar dan Laos. Malaysia akan membuka kempen kejohanan menentang Myanmar pada 25 Julai ini.