Advertising
Tular Kisah Pemain Malaysia, Toh Ee Wei Bantu Kucing Mangsa Banjir
UltraSukan
OCM/DKM

Nama pemain badminton Malaysia, Toh Ee Wei tular apabila menghulurkan bantuan kewangan kepada badan kebajikan haiwan ketika banjir.

Menerusi perkongsian oleh Dunia Kucing Malaysia, seorang individu telah mengirimkan pesanan kepada pemilik akaun itu sambil bertanya mengenai bantuan buat kucing yang terlibat dengan musibah banjir baru-baru ini.

Ad

“Minggu lepas ada hamba Allah mesej dan bertanya kalau ada nak beri bantuan kat pemilik dan kucing yang terlibat banjir,” tulis Dunia Kucing Malaysia.

Ad

Dalam masa yang sama, salah satu badan kebajikan haiwan sedang mencari dana dan pemilik Facebook itu pun segera memaklumkan kepada orang yang mengirim mesej sebentar tadi.

Tidak lama kemudian, pemilik akaun Dunia Kucing Malaysia itu telah menerima sekeping resit tertera RM1500 daripada individu tersebut sebagai sumbangan buat badan kebajikan haiwan itu.

Ad

“Minggu ni kebetulan tengok Shelter Ihsan mencari dana untuk agih sumbangan (dan) saya terus whatsapp hamba Allah ni. Tak cakap banyak terus dia bagi resit RM1500.”

Ad

Ternyata sumbangan bernilai 4 angka itu merupakan derma oleh pemain badminton beregu campuran Malaysia, Toh Ee Wei yang membuatkan pemilik akaun itu semakin meminati beliau.

Ad

“Rupanya pemain badminton beregu campuran Malaysia yang derma, Toh Ee Wei. Ini yang makin minat ni. Terima kasih banyak, Little Gangster Toh Ee Wei,” dedah Dunia Kucing Malaysia.

Tindakan murni Ee Wei itu menerima pujian dan respon baik dari netizen yang terharu dengan sifat pemurah Olimpian negara itu dan mendoakan lebih banyak kejayaan akan diraih di masa akan datang.

Toh Ee Wei yang berpasangan bersama Chen Tang Jie kini berada di Hangzhou bagi menghadapi kejohanan World Tour Finals yang bakal membuka tirai pada Rabu ini.