Komuniti
Foulz FC – Jaie
Advertisements

Perlawanan Piala Menteri Besar Petaling Jaya (MBPJ) tular apabila terdapat insiden panas yang berlaku dalam kejohanan tersebut.

Menerusi perkongsian sebuah video di laman tiktok, pemilik sempat merakam detik getir yang melibatkan pertembungan antara pasukan KP Rangers menentang PKPD FC dalam saingan peringkat kumpulan.

Aksi yang berlangsung dengan baik itu bagaimanapun bertukar panas apabila berlakunya pergaduhan yang merencatkan perlawanan.

Advertisements

Menerusi perkongsian oleh para pemain yang berada di sana, insiden mula tercetus apabila dikatakan seorang pemain bertindak untuk memukul kepala pemain lawan akibat berlakunya pergaduhan mulut pada awalnya .

Keadaan bertambah parah selepas kedua-dua pasukan yang terdesak mencari kemenangan gagal untuk meleraikan pertelingkahan tersebut.

Advertisements

Pergaduhan bertambah buruk selepas berlakunya kejar-mengejar antara dua pihak yang masih lagi cuba menyerang antara satu sama lain.

Tindakan pengadil yang cuba meleraikan insiden tersebut tidak berjaya dan akhirnya dibantu oleh para penonton untuk mengawal keadaan.

Advertisements

KP Rangers dan PKPD FC menerima tamparan hebat apabila dibatalkan penyertaan mereka dalam kejohanan tersebut.

Dalam kejohanan peringkat kumpulan, pasukan liga sosial Lembah Klang, Foulz FC mencipta kejutan apabila muncul juara kumpulan E selepas merekodkan 7 mata hasil dua kemenangan dan satu seri.

Advertisements
Untitled design 3 Tular Rakaman Pergaduhan Teruk Di Piala Datuk MBPJ

Foulz FC layak ke peringkat suku akhir dengan status selaku juara kumpulan.

Video Penuh: Pergaduhan Piala Datuk MBPJ

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram