Tular Saddil Ramdani Nyanyikan Lagu Negaraku Penuh Semangat
Liga Super
Azri Haziq / MakanBola
Advertisements

Pemain sayap Sabah FC, Saddil Ramdani dilihat begitu bersemangat menyanyikan lagu kebangsaan Malaysia, Negaraku.

Dalam aksi Liga Super LS17 membabitkan pasukan Sabah dan Sri Pahang pada semalam, skuad The Rhinos menang besar mengatasi skuad Tok Gajah dengan keputusan 4-0.

Sebelum perlawanan bermula, nyanyian lagu Negaraku berkumandang. Saddil dikesan begitu semangat menyanyikan lagu Negaraku dan beliau seakan menghafal lirik Negaraku dari awal hingga akhir.

Advertisements

Kefasihan serta semangat yang ditunjukkan Saddil telah mendapat pujian ramai pihak. Peminat bola sepak tempatan memuji tindakan Saddil tersebut yang menzahirkan rasa penuh hormat dan turut bersama menyanyikan lagu kebangsaan Malaysia, Negaraku.

Tak terhenti setakat itu, Saddil menjadi antara individu penting membantu dalam merencanakan serangan pasukan tuan rumah. Pemain berusia 24 tahun ini turut berjaya mencatat satu bantuan jaringan untuk gol kedua Sabah.

Advertisements

Dua jaringan Darren Lok, satu dari Stuart Wilkin dan satu lagi dari import berbisa, Ramon Machado memastikan tiga mata berharga milik Sabah di Stadium Likas.

Perlawanan penuh dramatik itu turut menjadi penghormatan kali terakhir buat kapten pasukan, Baddrol Bakhtiar yang membuat keputusan untuk meninggalkan kelab. Sabah bakal berdepan Selangor, untuk aksi Liga Super seterusnya pada Ahad, 23 Julai di Stadium MBPJ.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram