Ads
Liga Super
TRW Kelantan FC

Kemelut kewangan yang membelenggu Kelantan FC termasuk masalah tunggakan gaji dijangka sudah selesai.

Advertisements

Ini selepas Malaysian Football League (MFL) mengesahkan Unit Pelesenan Kelab MFL telah menerima dokumen berkenaan pembayaran tunggakan gaji pemain dan pegawai Kelantan FC semalam.

Advertisements

Semua dokumen itu diserahkan kepada Unit Pelesenan Kelab MFL bagi membantu skuad Kijang mendapatkan Lesen Kebangsaan mereka untuk musim 2024-2025.

Advertisements

Advertisements

Bagaimanapun, semua dokumen pembayaran melibatkan 30 pemain dan pegawai Kelantan FC itu kini sedang disemak oleh First Instance Body (FIB).

Pengesahan pembayaran perlu dilakukan oleh FIB dengan semua pihak yang terlibat termasuk merujuk perkara itu dengan Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM).

Advertisements

Setelah itu, FIB akan memutuskan sama ada Kelantan sudah memenuhi keperluan yang dinyatakan untuk mendapat lesen berkenaan.

Sebelum ini, The Red Warriors diberi tempoh sehingga 30 November lalu untuk menyelesaikan isu tunggakan gaji yang dibangkitkan oleh FIB.

Advertisements

Sekiranya perkara ini gagal diselesaikan, Kelantan berpotensi tidak beraksi di Liga Super musim depan dan beraksi di Liga M3.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram