“Tunjukkan Karakter Sama Apabila Menentang JDT”
Liga Super
officialsripahang
Advertisements

Pengendali Sri Pahang, Dollah Salleh tidak mahu pasukannya hanya kelihatan garang apabila menentang pasukan bermasalah.

Sri Pahang yang sebelum ini tewas dua perlawanan berturut-turut, bangkit melakar kemenangan bergaya 4-1 ke atas Sarawak United di tempat lawan pada Sabtu lalu.

Kemenangan itu menyaksikan mereka kekal dalam landasan untuk mengakhiri kempen liga musim ini di kedudukan lima teratas tatkala tinggal hanya tiga perlawanan untuk diharungi, ketiga-tiganya di Stadium Darulmakmur.

Advertisements

Cabaran Sri Pahang bagaimanapun bukan mudah, kerana lawan mereka adalah tiga pasukan di kedudukan empat teratas bermula dengan aksi menentang pendahulu yang juga juara Liga Super, Johor Darul Takzim (JDT) pada Jumaat ini.

Selepas itu skuad tok gajah akan disusuli Sabah FC (11 Oktober) dan Negeri Sembilan (15 Oktober) justeru Dollah mahu barisan pemainnya menunjukkan karakter sama sepertimana menentang Sarawak United.

“Sejujurnya kita masih belum berada pada tahap ataupun prestasi terbaik walaupun menang besar, kita nampak garang tetapi faktor bahawa Sarawak mengalami masalah dalaman sedikit membantu kita untuk mencatat kemenangan.

Advertisements

“Memang saya gembira dan berpuas hati meraih tiga mata, namun kita tidak boleh sekejap menang, sekejap kalah. Dengan pasukan bermasalah kita menang, bila lawan pasukan kuat kita kalah, tak boleh macam itu.

“Pemain-pemain perlu lebih bekerja keras, tiga aksi terakhir kita adalah di depan penyokong sendiri, menentang tiga pasukan yang berada di tahap prestasi terbaik sepanjang musim ini.

“Ia bukan perlawanan yang mudah terutama menentang JDT yang sudahpun mengesahkan kejuaraan, kita jangan leka, perlu cuba sebaik mungkin untuk meneruskan momentum dan mendapatkan mata,” kata Dollah Salleh.

Advertisements

Sri Pahang ketika ini di tangga ketujuh dengan 24 mata, tiga mata di belakang pasukan tangga keenam Kedah Darul Aman FC dan lima mata di belakang KL City yang menghuni tangga kelima.  

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram