“Tunjukkan Kehandalan Kamu” – Lim Teong Kim
Dunia
Perak Football Club
Advertisements

Selepas mengalami kekalahan dalam perlawanan menentang juara Liga M3, PIB FC tempoh hari, Perak FC meneruskan perlawanan percubaan menentang pasukan Liga Premier, Kelantan United pada Ahad 16 Oktober (esok).

Siri perlawanan yang dilalui oleh Perak ini sudah tentu sebagai persediaan dalam menyediakan skuad terbaik bagi saingan Liga Super musim hadapan.

Bagi pengendali Perak, Lim Teong Kim, beliau berpandangan bahawa yang lebih mustahak dalam perlawanan tersebut adalah corak permainan pasukan Perak.

Advertisements

“Bagi saya, yang lebih penting ialah cara permainan kami. Bagaimana pemain-pemain bertindak dalam perlawanan ini. Adakah mereka dapat bermain dengan cara permainan yang saya ingin lihat atau mereka beraksi secara ketakutan.

“Ini ‘test game’ untuk pemain-pemain, tunjuk apa kemampuan kamu, apa kehandalan kamu kepada kami (jurulatih) itu saja,” tegas Teong Kim dalam video yang dimuatnaik di laman sosial Perak Football Club.

Advertisements

Ketika ditanyakan mengenai pemain baharu yang dicuba pada perlawanan menentang PIB FC iaitu Takuto Yasuoka, Teong Kim tidak dapat memberi jaminan bahawa pemain itu akan dicuba lagi pada perlawanan menentang Kelantan United ataupun tidak.

Namun begitu, Teong Kim memberitahu bahawa ada seorang pemain baharu yang akan dicuba dalam perlawanan tersebut.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram