Advertising
Tunku Ismail Aset Tak Ternilai Buat Harimau Malaya
MakanBola
Johor Southern Tigers
Sponsors

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor sebagai aset tak ternilai buat Harimau Malaya.

Beliau berpandangan sedemikian selepas melihat pencapaian pasukan baginda, Johor Darul Ta’zim (JDT), pengalaman dan rangkaian kenalannya dalam dunia bola sepak.

Ad

Anwar melihat gabungan tiga aspek yang dimiliki Tunku Ismail dapat membantu Harimau Malaya berada pada tahap berbeza.

Ad

“Selain daripada ikhtiar yang dilakukan oleh Kerajaan MADANI dan FAM, saya juga berharap DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor akan terus memberikan dukungan berterusan berdasarkan pencapaian, pengalaman serta rangkaian luas Baginda dalam industri bola sepak,” katanya.

“Pengetahuan Pemangku Sultan Johor yang mendalam mengenai pengurusan bola sepak serta hubungan dengan figura sukan dan kelab bola sepak antarabangsa adalah aset yang tidak ternilai yang dapat digunakan untuk menolong Harimau Malaya dan pasukan pengurusannya.”

Ad

Sebelumnya, Anwar mengumumkan suntikan dana tambahan sebanyak RM15 juta daripada pihak swasta kepada Harimau Malaya. Ini menjadikan jumlah dana yang diterima ialah RM30 juta.

Ad

Ini termasuk peruntukan RM15 juta yang diumumkan beliau dalam pembentangan Belanjawan 2025 pada akhir tahun lalu.

Ad