DYAM Tunku Ismail, Pemangku Sultan Johor hadir memberi sokongan di sesi latihan Harimau Malaya yang berlangsung Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).
Ketika ini, pasukan Harimau Malaya di bawah kendalian Peter Cklamovski sedang dalam persiapan terakhir menjelang aksi getir Kelayakan Piala Asia berdepan Vietnam di laman sendiri.
Seramai 30 pemain masih berada di dalam skuad buat masa sekarang bagi sertai kem latihan yang sudah memasuki fasa ke-3 sebelum senarai 23 nama akan diumumkan tidak lama lagi.
Pada sesi latihan di SNBJ pada Isnin malam, kehadiran DYAM Tunku Ismail, Pemangku Sultan Johor telah mencuri tumpuan sebagai salah satu bentuk sokongan Baginda untuk pasukan negara.
Kelibat Baginda dikesan bersalaman dengan pemain-pemain Harimau Malaya sebelum sesi latihan bermula serta dirakam oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam di tempat kejadian.
Aksi tumpuan Malaysia vs Vietnam akan berlangsung pada 10 Jun di SNBJ dengan sepak mula perlawanan dijadualkan bermula tepat jam 9 malam.