Advertisement
Tunku Ismail: FIFA Iktiraf Tak Piala Ni? Kalau Ya Nak Sertai
Liga Super
MakanBola
Johor Southern Tigers

Pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Duli Yang Amat Mulia, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Pemangku Sultan Johor memberi respon terhadap 3 trofi yang dimenangi Selangor musim ini.

Umum mengetahui bahawa Gergasi Merah baru sahaja menjulang Piala Sultan Selangor 2024 selepas menundukkan Pilihan Singapura dengan keputusan 2-1.

Kemenangan di Stadium Merdeka itu menyaksikan anak didik Nidzam Jamil berjaya mengekalkan trofi tersebut buat kali ke-3 berturut-turut.

DYAM Tunku Ismail menzahirkan pandangan peribadinya menerusi satu komen yang ditinggalkan di laman MakanBola.

“FIFA iktiraf tak piala ni?” soal baginda.

DYAM Tunku Ismail juga berminat untuk membawa JDT menyertai pertandingan ini sekiranya ia diiktiraf oleh FIFA.

“Kalau ya nak sertai,” ujar baginda lagi.

Copy of Untitled Design 18 Tunku Ismail: FIFA Iktiraf Tak Piala Ni? Kalau Ya Nak Sertai

Selangor juga telah merangkul dua lagi kejuaraan iaitu Selangor Asia Challenge dan juga RCTI Premium Sports yang berlangsung di Indonesia.

JDT dan Selangor bakal membawa cabaran Malaysia masing-masing dalam kancah Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) dan juga Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2).