Tunku Ismail Kongsi Foto Bertemu Presiden FIFA
MakanBola
DYAM Tunku Ismail

DYAM Tunku Ismail, Pemangku Sultan Johor sempat bertemu Gianni Infantino bersempena kunjungan Presiden FIFA itu ke Malaysia.

Menerusi sebuah hantaran di laman Instagram, DYAM Tunku Ismail memuat naik dua keping foto bersama Gianni Infantino dengan sehelai jersi khas beserta nama ‘TMJ’ dan nombor 84.

”Kami di sini bukan untuk mencari salah sesiapa, kami di sini untuk mencari penyelesaian serta membina asas kukuh bola sepak negara,” tulis DYAM Tunku Ismail di ruangan kapsyen.

Gianni Infantino tiba di Malaysia pada awal pagi Sabtu untuk menghadiri upacara perasmian gelanggang FIFA Arena di SK Seri Kelana pada sebelah tengahari selain sempat bersemuka dengan Perdana Menteri.

Manakala, baginda berangkat ke ibu kota untuk menghadiri sesi sidang media khas bagi menjelaskan hala tuju bola sepak selain menjawab isu-isu semasa membabitkan 7 pemain warisan Malaysia.

Claim Money Packet TnG