Tunku Ismail Terima Menghadap Menteri KBS, Taufiq Johari
MakanBola
DYAM Tunku Ismail

DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor berkenan menerima menghadap Menteri Belia dan Sukan baharu, Dr Muhammad Taufiq Johari.

Pertemuan dua figura ini dikongsikan baginda menerusi satu hantaran di platform rasmi hari ini.

“Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor terima mengadap YB Dr. Mohammed Taufiq Johari, Menteri Belia dan Sukan pada hari ini, 13 Januari 2026. Allah Peliharakan Sultan,” katanya di X.

Pertemuan ini menyaksikan pelbagai perkara dibincangkan dua figura tersebut membabitkan aspek belia dan sukan.

Taufiq turut berkesempatan menyampaikan cenderamata kepada Tunku Ismail pada akhir pertemuan tersebut.

Ahli Parlimen Sungai Petani itu memikul tugas sebagai Menteri Belia dan Sukan pada Disember lalu sebagai pengganti Hannah Yeoh.

Ini sebahagian daripada rombakan Kabinet yang digerakkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Hannah kini memikul tugas sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan).