Perlawanan persahabatan pagi ini menyaksikan pertembungan diantara Itali dan Turki yang berakhir dengan keputusan seri.
Skuad kendalian Luciano Spalletti turun dengan barisan terbaiknya dibarisi oleh Federico Chiesa, Jorginho dan Lorenzo Pellegrini. Sementara Turkey, Hakan Calhanoglu mengetuai pasukan.
Perlawanan bermula rancak apabila kedua dua buah pasukan cuba untuk menguasai permainan.
Separuh masa pertama berakhir tanpa jaringan, penguasaan bola memihak sedikit kepada Itali dengan 52 peratus dan Turkey 48 peratus.
Sebanyak 5 percubaan yang berjaya dilakukan oleh pasukan Itali dan 4 percubaan daripada Turkey. Kedua pasukan gagal mencatatkan sepakan tepat pada separuh masa pertama.
Separuh masa pertama tamat, Itali 0-0 Turkey.
Separuh masa kedua sedikit rancak, kedua pasukan berjaya membuat 6 percubaan dan 2 daripadanya sepakan tepat. Namun, tiada jaringan berjaya dapat dihasilkan.
Kelebihan penguasaan bola sekali lagi memihak kepada Itali dengan 54 peratus dan Turkey 46 peratus.
Keputusan kekal tanpa jaringan hingga tamat permainanan. Itali 0-0 Turkey.
Itali dijadualkan bertemu Bosnia and Herzegovina pada Isnin hadapan 10 Jun, sementara Turkey akan bertemu Poland pada 11 Jun sebelum mula aksi Euro 2024.