Pertahanan kental Turki, Merih Demiral terpaksa melupakan hasratnya untuk beraksi di pusingan suku akhir saingan Euro 2024.
Pemain berusia 26 tahun itu didenda untuk tidak dibenarkan beraksi sebanyak dua perlawanan susulan gaya beliau meraikan jaringan bagi aksi pusingan kalah mati tempoh hari.
Menurut laporan, Merih Demiral dikenakan hukuman oleh UEFA kerana membuat isyarat berbentuk serigala menggunakan jarinya ketika meraikan gol ketika berdepan Austria.
Isyarat “Serigala” difahamkan mempunyai kaitan dengan Parti Gerakan Nasionalisme Turki dan juga ada kena mengena dengan kumpulan pengganas oleh EU dan ianya diharamkan di Austria.
Bek tengah Turki itu merupakan ayam tambatan pasukannya ketika menewaskan Austria. Beliau menjaringkan dua gol sekaligus membawa pasukan ke pusingan suku akhir Euro 2024.
Skuad kendalian Vincenzo Montella akan berdepan Belanda pada 3 Julai ini bagi aksi suku akhir di Stadium Olympia, Berlin.