Advertisement
TVS Penyiar Rasmi Carabao Cup
Eropah
MakanBola
TVS

Peminat bola sepak negara ceria apabila TV Sarawak atau TVS menjadi penyiar rasmi saingan Carabao Cup.

Perkara ini diumumkan TVS menerusi satu hantaran di platform media sosial rasmi mereka. Sebelum ini, TVS turut menyiarkan aksi persahabatan antarabangsa membabitkan Harimau Malaya.

“Jalan menuju kejayaan Carabao Cup bermula di sini! Bersedia untuk aksi penuh dramatik, sorakan luar biasa, dan detik-detik yang pasti tak terlupakan!” kata TVS dalam satu kenyataan.

Pengumuman TVS memberi kelegaan kepada peminat bola sepak terutama yang meminati kelab-kelab Liga Perdana Inggeris (EPL). Ini kerana perlawanan ini tidak disiarkan di stesen televisyen swasta yang popular.

Peminat boleh saja menonton siaran perlawanan Carabao Cup di TVS bukan saja di saluran 122 122 MYTV, Unifi TV dan Astro. Malah, mereka boleh menonton perlawanan di platform digital TVS.

Carabao Cup kini sudah memasuki pusingan suku akhir membabitkan lapan pasukan. Lapan pasukan itu ialah Manchester United, Liverpool, Southampton, Tottenham Hotspur, Arsenal, Crystal Palace, Brentford dan Newcastle United.

Aksi Southampton menentang Liverpool bakal disiarkan secara langsung pada 19 Disember jam 3.15 pagi. Satu lagi aksi secara langsung ialah aksi Spurs menentang The Red Devils pada 20 Disember.

TVS turut menyiarkan dua aksi tertunda iaitu aksi Arsenal-Crystal Palace dan Newcastle United-Brentford pada 20 Disember.