Ads
Uber Cup: Thailand Ketepikan Cabaran Malaysia
UltraSukan
BA Malaysia

Malaysia sekali lagi tewas dalam aksi kedua Kumpulan B Uber Cup 2024, kali ini di tangan negara serantau, Thailand.

Advertisements

Selepas tewas 4-1 kepada Taiwan dalam aksi pembukaan kumpulan semalam, Malaysia perlu menang hari ini jika ingin menghidupkan peluang ke peringkat suku akhir.

Advertisements

Sementara Thailand pula perlu menang ke atas skuad negara hari ini jika ingin menempah tiket ke suku akhir lebih awal.

Advertisements
Advertisements

Thailand menurunkan perseorangan wanita ke-16 dunia, Supanida Kathetong sebagai perseorangan wanita. Sementara Malaysia meletakkan K. Letshanaa sebagai perseorangan pertama.

Meskipun berstatus pemain ke-68 dunia, Letshanaa cuba memberi tentangan kepada Supanida sebelum tunduk 21-17 pada set pertama.

Advertisements

Naib juara Spain Masters 2024 itu kemudiannya memastikan kemenangan miliknya dengan keputusan 21-6.

Thailand terus melebarkan kelebihan mereka menerusi regu wanita ke-10 dunia, Rawinda Prajongjai dan Jongkolphan Kititharakul.

Rawinda-Jongkolphan turun selaku regu pilihan menentang regu pertama negara, Go Pei Kee dan Teoh Mei Xing yang memegang ranking ke-279 dunia.

Kelebihan ranking itu dimanfaatkan sepenuhnya regu Thailand itu untuk menang dengan keputusan 21-10, 21-14.

Thailand seterusnya menurunkan perseorangan kedua, Pornpawee Chochuwong. Sementara Malaysia pula menurunkan perseorangan ke-81, Wong Ling Ching sebagai perseorangan kedua.

Kelebihan Pornpawee sebagai pemain ke-19 dunia dimanfaatkan sepenuhnya beliau untuk mendominasi perlawanan perseorangan kedua.

Pemain berusia 26 tahun itu mudah mengatasi cabaran Ling Ching dengan keputusan 21-11, 21-15.

Selepas ini, beregu kedua negara, Chan Wen Tse-Tan Zhing Yi berentap dengan regu kedua Thailand, Phataimas Muenwong-Laksika Kanlaha.

Hasrat Wen Tse-Zhing Yi mencuri satu mata untuk kem negara tidak kesampaian apabila tewas dengan keputusan 21-12, 21-8.

Harapan kini diletakkan di bahu Siti Nurshuhaini Azman untuk mencuri satu mata. Walau bagaimanapun, beliau perlu melepasi cabaran Busanan Ongbamrungphan yang menduduki ranking ke-20 dunia.

Hajat Siti Nurshuhaini mencuri satu mata disekat Busanan yang meraih mata kelima perlawanan menerusi keputusan 21-5, 21-8. Ini menyaksikan Thailand meraih kemenangan bersih 5-0.

Dua kekalahan ini menyaksikan Malaysia tersingkir daripada saingan Uber Cup 2024. Sementara Thailand pula mengesahkan kelayakan awal ke suku akhir kejohanan.

Advertisements

Selepas ini, Malaysia bakal berdepan Australia untuk aksi ketiga Kumpulan B pada 1 Mei. Sementara Taiwan bakal beradu dengan Thailand pada hari sama untuk penentuan juara kumpulan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram