Meremang Bulu Roma, Ucapan Khas Yusri Che Lah “Kalau Kalah, Saya Bertanggungjawab”
Dunia
Perak Official
Advertisements

Ketua jurulatih Perak FC, Yusri Che Lah kembali mencuri perhatian susulan ucapan menyentap jiwanya kepada barisan pemain Perak FC.

Pengendali muda itu memberikan kata-kata semangat kepada para pemainnya sungguhpun kini mereka terpaksa menduduki tangga tercorot Liga Perdana.

Hal ini susulan potongan mata yang dikenakan terhadap pasukan yang dipalit beberapa isu sebelum ini.

Advertisements

Walau bagaimanapun, setelah proses ambil alih pemilik baharu selesai, mereka seakan kembali bernyawa.

Dalam satu video yang tular di laman Tiktok, Yusri dilihat sedang memberi ‘team talk’ sebelum anak didiknya melangkah ke atas padang.

Katanya, para pemain harus memberikan yang terbaik buat pasukan dalam usaha untuk mengangkat semula maruah Perak FC.

Advertisements

“Ayuh, kita dah berjuang sejak dari bulan Januari dan kini Jun. Buktikan kamu pemain yang hebat.”

Beliau mengingatkan para pemain agar sentiasa memandang ke hadapan dan percaya dengan kemampuan diri.

Malah, bekas pengendali Kelantan ini tidak akan menyalahkan pemainnya sekiranya keputusan perlawanan tidak memihak kepada mereka.

Advertisements

Beliau mahu anak didiknya terus berjuang dan tampil dengan aksi terbaik dalam setiap perlawanan.

“Saya akan pertahankan kamu segalanya dan kita akan terus bekerja.”

Yusri juga sedia bertanggungjawa atas prestasi pasukan tetapi mahu pemainnya ‘enjoy’ ketika beraksi.

Advertisements

“Menanglah untuk diri kamu, jika kalah, saya akan bertanggungjawab.”

Perak juga  kini sudah selesai mengganti mata yang dipotong sebelum ni dan terus fokus untuk mendapatkan rentak terbaik.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram