Ucapan Penuh Emosi Cristiano Ronaldo Selepas Portugal Tersingkir
Eropah
MakanBola
Selecoes de Portugal
Advertisements

Legenda Portugal, Cristiano Ronaldo memuat naik satu hantaran penuh emosi selepas pasukan itu tersingkir dari EURO 2024 baru-baru ini.

Portugal yang dilabel antara pasukan pilihan kejohanan terpaksa menelan kepahitan apabila disingkirkan Perancis di peringkat suku akhir.

Advertisements

Lebih perit, pasukan yang diberi jolokan A Selecao itu tersingkir menerusi penentuan sepakan penalti. Ini sekaligus menafikan hasrat Portugal mengulangi pencapaian juara yang dicapai pada 2016.

EURO 2024 juga dilihat kejohanan terakhir buat beberapa tonggak veteran Portugal seperti Ronaldo dan Pepe. Ini kerana kedua-duanya masing-masing sudah menginjak usia 39 dan 41 tahun.

Advertisements

Jadi, tidak hairanlah apabila ucapan Ronaldo ini dimuat naik di Instagram, beliau seolah-olah memberi bayangan bakal bersara dari medan bola sepak antarabangsa.

“Kami mahukan lebih. Kami berhak lebih. Untuk kita. Untuk setiap seorang daripada anda. Demi Portugal.

Advertisements

“Kami berterima kasih atas semua yang telah anda berikan kepada kami dan semua yang telah kami capai setakat ini. Di dalam dan di luar padang, saya yakin warisan ini akan dihormati dan terus dibina. Bersama-sama,” katanya.

Sejak diberi peluang membuat kemunculan pertama pada Ogos 2003 oleh Luiz Felipe Scolari, Ronaldo telah merekodkan 212 penampilan, 130 gol dan 45 bantuan gol mengikut data terbaru Transfermarkt.

Advertisements

Rekod tersebut menjadikan beliau pemain paling banyak merekodkan penampilan antarabangsa dan gol sepanjang zaman.

Kegagalan kempen EURO 2024 dijangka membakar semangat Ronaldo apabila kembali menyertai Al-Nassr untuk persiapan pra-musim 2024/25.

Advertisements

News Comments Account