Ucapan Perpisahan Aidil Sharin Buat Semua Penyokong Kedah
Dunia
Kedah Darul Aman FC
Advertisements

Selepas disahkan tidak akan bersama pasukan Kedah Darul Aman FC, kini bekas jurulatih, Aidil Sharin Sahak telah memuatnaik satu ucapan perpisahan buat semua penyokong Kedah.

Perjalanan selama 4 tahun beliau bersama Kedah telah menjadi kenangan terindah buat semua penyokong yang pernah merasai kejuaraan Piala FA serta dua kali menjadi naib juara Liga Super.

Aidil mengucapkan terima kasih kepada pasukan Kedah dan semua penyokong. Onak duri telah dilalui. Disanjungi, dimaki dan dikeji. Namun beliau anggap semuanya merupakan lumrah kehidupan seorang jurulatih.

Advertisements

“Terima Kasih Kedah memberi rezeki kepada saya selama 4 tahun.. saya di sanjungi ,dikeji dan dimaki…tapi itu lumrah hidup… ada pasang dan surutnye.

“Tapi ALLAH lebih mengetahui.. so berdiam lebih baik.Rezeki itu adalah ujian, kuncinya ialah sentiasa bersyukur dan sabar.Sudah sampai masanya untuk saya pulang ke negeri saya sebelum perjuangan seterusnya untuk keluarga saya,” luah Aidil.

Bersama Kedah, Aidil berjaya membawa banyak kejayaan buat pasukan Hijau Kuning itu. Antaranya Juara Piala FA 2019, Naib Juara TM Piala Malaysia 2019, Naib Juara Liga Super pada musim 2020 dan 2021. Bukan sahaja itu, Aidil juga berjaya membawa Kedah tiga kali ke peringkat Asia dengan layak ke perlawanan Play-Off Liga Juara-Juara AFC 2020 dan ke saingan Piala AFC pada tahun 2021 dan 2022.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram