Ucapan Perpisahan Baddrol Bakhtiar Buat Air Mata Jantan Gugur
Liga Super
Sabah FC
Advertisements

Kapten Sabah FC, Baddrol Bakhtiar memberikan ucapan perpisahan terakhir kepada rakan sepasukannya sebelum berpisah.

Pemain berusia 35 tahun itu merupakan tunjang utama buat The Rhinos sejak berpindah dari Kedah Darul Aman kira-kira dua musim lalu.

Perancang tengah berpengalaman ini bagaimanapun membuat satu keputusan yang mengejutkan apabila mengumumkan untuk meninggalkan pasukan Sabah.

Advertisements

Beliau sempat memberikan ucapan terakhir kepada rakan sepasukan termasuklah barisan kejurulatihan yang banyak memberi tunjuk ajar kepadanya sejak berada di sana.

“Saya harap anda semua dapat mendoakan kejayaan saya dalam apa jua bidang sekalipun dan saya juga berharap agar pasukan ini (Sabah) bersatu hati dan menghormati antara satu sama lain.”

Advertisements

“Bermainlah untuk pasukan ini, untuk keluarga dan karier kita pada masa hadapan,” jelas Baddrol.

Anak jati Kedah ini berharap agar kemenangan berdepan Sri Pahang dapat menjadi hadiah perpisahan terbaik buat dirinya yang masih belum membuat keputusan rasmi.

Advertisements

Terdapat ura-ura yang mengatakan bahawa beliau akan memggantung but dan menceburi bidang politik pada Pilihan Raya Negeri (PRN) negeri kelahirannya.

Baddrol akan menyarung jersi Sabah buat kali terakhir malam ini berdepan Sri Pahang.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram